Rabu, 25 Desember 2013

Rozita Seksi Tu Hak Saya Jangan Jaga ‘Tepi Kain’ Saya Sangat


Rozita: Seksi Tu Hak Saya, Jangan Jaga Tepi Kain Saya Sangat
Rozita: Seksi Tu Hak Saya, Jangan Jaga ‘Tepi Kain’ Saya Sangat - KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.
Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.
Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.
Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.
Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.
“Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
“Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya,” kata Rozita kepada Zass, semalam.
Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’.
Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.
“Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula,” katanya.
Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.
“Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti,” katanya. – Sinar Harian
Selengkapnya...

Selasa, 24 Desember 2013

10 Model Paling Panas di Jepang

10. Arisa Oda

Salah satu model utama di Jepang, dengan unsur dada berukuran G yang tentunya bakal menarik banyak sekali perhatian.

No.9 - Miri Hanai

Silahkan cari Miri Hanai di youtube waktu dia coba main tennis.. Ia muncul sebagai salah satu gadis poster di Metal Gear Solid 3

No.8 - Ourei Harada

Ourei Harada adalah salah satu model paling top yang muncul di belasan DVD, dan tiba2 pada tahun 2007 berhenti berkarir di dunia model panas.

No.7 - Rio Natsume

Rio Natsume muncul juga di berbagai DVD dan kumpulan foto semenjak 2003. Ia terkenal karena ukuran dada nya yang besar tapi alami, yang menyebabkan ukuran badannya yang kecil seperti "tertelan"

No.6 - Miyabi Isshiki

Hanya berusia 20 tahun, dan baru di dunia ini, Miyabi Isshiki telah mendapat banyak sekali perhatuan karena dada dengna cup K-nya dan keberhasilannya dalam mendorong batasmodel panas semakin mendekati ke arah pornografi halus!

No.5 - Harumi Nemoto

Salah satu model paling hot dalam dunia ini, Harumi Nemoto berhasil menerbitkan banyak DVD dan buku foto. Kelebihannya? tanpa implan lho!!!

No.4 - Megumi Yamano

Megumi Yamano juga selain menerbitkan DVD aman, juga berbagai foto panas dan film semi porno, tapi popularitasnya merosot beberapa tahun belakangan ini

No.3 - Aki Hoshino

Dengan julukan "Malaikat Jepang", Aki Hoshino telah menyenangkan banyak pria jepang selama tahunan ini dengan DVD dan berbagai penampilannya. Seperti biasa, walau usia bertambah, wajahnya masih seperti gadis berusia 19 tahun, hal ini yang menyebabkan dia banyak mendapat penggemar.

No.2 - Yoko Matsugane

Yoko Matsugane meraih ketenaran di Jepang setelah melepas lebih dari 30 DVD, dan buku foto yang sama. Dada dengan cup G dan wajah menggodanya tentunya adalah aset terbaiknya.

No.1 - Reon Kadena

Model yang paling banyak dicari di dunia foto panas, dengan wajah dan bentuk tubuh yang luar biasa. Dia adalah salah satu model panas yang merambah dunia model bugil, yang mungkin sedikit banyak membantu popularitasnya. Roen juga seorang aktris, juru bicara dan dapat dilihat tampil di berbagai acara TV.



sumber
Selengkapnya...

Susulan Rozita Che Wan Tak Kisah Kes Bra Merah


Selepas kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.

Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.

(BACA Bra Rozita Che Wan Untuk Dijual?)

Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu.

“Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini”, katanya.

Tambah Che Tah lagi sebelum ini sudah pernah ada orang jual namanya, kononnya menggunakan korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya dia langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut.

Bagaimanapun katanya, ada pihak lagi yang cuba mengeksploitasi namanya selepas ini, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini. - Malaysian Digest
Selengkapnya...

Kemalangan ngeri tubuh wanita ini terputus dua


Ini serius ngeri. Badan pembonceng motosikal yang dipercayai seorang perempuan terputus dua selepas terlibat dengan satu kemalangan (maaf! tiada info lanjut mengenai kemalangan). Kat bawah ni gambar badan perempuan yang terputus dua itu yang diambil di lokasi kejadian. Tapi sebelum tu nak ingatkan, better jangan tengok kalau tak kuat semangat.


err...ngeriiinyaa!!
Sekarang menjadi tanda tanya , kemalangan yang bagaimanakah yang telah berlaku sehingga menyebabkan badan penumpang motosikal tersebut terputus dua? Apa-apa pun, harap ini menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati di jalan raya. Yang selalu bawak motor lelaju tu especially ‘mat rempit’, sayangilah nyawa anda dan nyawa orang lain, ingat orang tersayang.-sumber
Selengkapnya...

Senin, 23 Desember 2013

Lagenda Budak Setan 2

Selengkapnya...

Atlet Sukan SEA Diarah Rujuk ISN Dan Adamas


KUALA LUMPUR – Atlet negara yang akan menggalas cabaran ke temasya Sukan SEA Myanmar bulan depan diingatkan merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum mengambil vitamin atau makanan tambahan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini sebagai langkah mengelak mereka daripada mengambil bahan-bahan yang dilarang.

Beliau berkata Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet yang didapati bersalah mengguna bahan dadah dan hukuman berat akan dikenakan.

“Pada persidangan WADA baru-baru ini di Afrika Selatan, mereka memutuskan hukuman lebih berat akan dikenakan kepada atlet yang didapati bersalah dari segi penggunaan bahan-bahan dadah yang boleh memberangsangkan prestasi mereka dalam sesuatu temasya sukan.

“Jadi nasihat saya pada atlet yang akan ke Sukan SEA supaya melihat perkembangan ini dengan serius…badan dunia sendiri meletakkan hukuman yang lebih besar dan tinggi terhadap kesalahan anti-doping,” katanya dalam sidang media Batik Fun Walk 2013 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, Ahad.

Khairy berharap atlet sentiasa berwaspada jika ada pegawai, jurulatih dan pengurus pasukan yang memberikan vitamin atau makanan tambahan dan menyarankan mereka segera merujuknya kepada ISN dan Adamas.

Menurutnya atlet negara perlu mengetahui kandungan vitamin atau makanan tambahan yang diberikan oleh jurulatih atau pegawai sukan supaya tidak terjebak dengan masalah doping di Myanmar nanti seperti terjadi pada temasya Sukan SEA di Palembang pada 2011.

Seramai 833 atlet dan pegawai mengambil bahagian dalam 29 daripada 33 acara pada temasya dwitahunan itu di Yangon dan Naypyitaw, Mandalay dan Ngwe Saung dari 11 hingga 22 Dis ini.

Pada Sukan SEA edisi 2011 di Palembang, atlet olahraga, Mohd Yunus Lasalleh dari pasukan 4x400m yang meraih emas dan pemenang pingat gangsa acara angkat berat 105kg, Firdaus Abdul Razak disahkan positif menggunakan bahan terlarang oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) pada temasya itu. – BERNAMA
Selengkapnya...

Sumpah Ibu Susu Meleleh Keluar Dari Mulut


“Kalau betul engkau anak kandung aku,
minum susu dari badan aku…aku sumpah
akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.
Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.
Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.
Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
 
Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.
Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa…
Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.
“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.
Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.
“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.
Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!
Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.
Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.
Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?
“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.
Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.
Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.
Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.
Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.
“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.
Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.
Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.
Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.
Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.
Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.
Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.
Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.
Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.
Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya
kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.
Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.
Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.
Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.
Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.
Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.
‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.
Mastika : Julai 2010
[Sumber ]
Selengkapnya...