Tampilkan postingan dengan label rozita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rozita. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Bra Rozita Che Wan Untuk Dijual


Penulis tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ini ataupun ianya merupakan satu cerita rekaan yang senantiasa bertebaran di laman Facebook sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, menerusi sebuah laman FB berprofil Awek Comel terdapat sebuah gambar bra beserta keterangan gambar bertulis, “nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan.  Bau harum semerbak.  Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir”.

Kalau betullah bra itu pernah dipakai oleh Rozita atau lebih dikenali dengan Che Ta, nampaknya individu ini bukanlah seorang yang amanah dalam kerjanya sebaliknya mengambil kesempatan di atas perkara tersebut.

Peminat-peminat lelaki yang tergila-gilakan pelakon terkenal itu berkemungkinan akan tertarik untuk dengan cerita sebegini dan tidak mustahil mereka akan membelinya untuk dijadikan sebagai koleksi.

Hai dah macam kat Hollywood pula rasanya.

Selengkapnya...

Rabu, 25 Desember 2013

Rozita Seksi Tu Hak Saya Jangan Jaga ‘Tepi Kain’ Saya Sangat


Rozita: Seksi Tu Hak Saya, Jangan Jaga Tepi Kain Saya Sangat
Rozita: Seksi Tu Hak Saya, Jangan Jaga ‘Tepi Kain’ Saya Sangat - KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.
Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.
Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.
Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.
Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.
“Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
“Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya,” kata Rozita kepada Zass, semalam.
Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’.
Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.
“Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula,” katanya.
Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.
“Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti,” katanya. – Sinar Harian
Selengkapnya...

Selasa, 24 Desember 2013

Susulan Rozita Che Wan Tak Kisah Kes Bra Merah


Selepas kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.

Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.

(BACA Bra Rozita Che Wan Untuk Dijual?)

Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu.

“Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini”, katanya.

Tambah Che Tah lagi sebelum ini sudah pernah ada orang jual namanya, kononnya menggunakan korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya dia langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut.

Bagaimanapun katanya, ada pihak lagi yang cuba mengeksploitasi namanya selepas ini, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini. - Malaysian Digest
Selengkapnya...