- Fight continues: Vu Ho with Baa and his blind dog Chucky at his Springvale home last year. Picture: Lucy Di Paolo
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Tak Boleh Pelihara Domba dalam Rumah Lelaki Ini Buat Rayuan ke Mahkamah
ABC Australia - detikNews
Jakarta -

Vu Ho tidak diiringi peguam ketika mengajukan rayuandi Mahkamah Tinggi.
Ini adalah usahanya yang terakkhir untuk menyelamatkan domba peliharaannya, Baa, setelah pemerintah Kota Dandenong melarangnya memelihara binatang tersebut di dalam rumah.
Vu sudah memelihara domba Baa selama lebih dari 11 tahun dan berkeras bahawa Baa adalah peliharaan keluarga, bukan binatang ternak.
Pengungsi Vietnam itu tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan sudah menghabiskan belanja undang-undang lebih dari $150,000.
Dikemukakan di mahkamah, pembelaan tertulis Vu adalah salah satu yang paling komprehensif yang pernah diterima majlis hakim dari seorang penggugat yang tidak didampingi peguam.

Seorang lelaki dari Springvale, kawasan tenggara Melbourne, terus berjuang mempertahankan domba peliharaannya ke mahkamah tertinggi di Victoria.
Vu Ho tidak diiringi peguam ketika mengajukan rayuandi Mahkamah Tinggi.
Ini adalah usahanya yang terakkhir untuk menyelamatkan domba peliharaannya, Baa, setelah pemerintah Kota Dandenong melarangnya memelihara binatang tersebut di dalam rumah.
Vu sudah memelihara domba Baa selama lebih dari 11 tahun dan berkeras bahawa Baa adalah peliharaan keluarga, bukan binatang ternak.
Pengungsi Vietnam itu tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan sudah menghabiskan belanja undang-undang lebih dari $150,000.
Dikemukakan di mahkamah, pembelaan tertulis Vu adalah salah satu yang paling komprehensif yang pernah diterima majlis hakim dari seorang penggugat yang tidak didampingi peguam.
Selasa, 24 Desember 2013
Susulan Rozita Che Wan Tak Kisah Kes Bra Merah

Selepas kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
(BACA Bra Rozita Che Wan Untuk Dijual?)
Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu.
“Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini”, katanya.
Tambah Che Tah lagi sebelum ini sudah pernah ada orang jual namanya, kononnya menggunakan korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya dia langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut.
Bagaimanapun katanya, ada pihak lagi yang cuba mengeksploitasi namanya selepas ini, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini. - Malaysian Digest
Selasa, 17 Desember 2013
Tak betul dakwaan PAS hanya fokus undi Cina
Harakahdaily
| Hazayani Zakaria | Foto: Nasir Sudin, | 25 Ogs 2013 |
AMPANG: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat hanya memfokuskan undi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU13) 5 Mei lalu.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak menyisihkan mana-mana bangsa untuk memastikan kemenangan mereka.
"Adalah tak betul kalau katakan kita terlalu fokus undi Cina walaupun keputusan menunjukkan begitu," kata beliau dalam Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor di Hotel De Palma, dekat sini malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk tidak dilihat sebagai parti yang ekstrim kaum.
"DAP juga sebenarnya secara jujur saya melihat tokoh muda mereka mencuba bersungguh-sungguh untuk tidak dilihat fanatik Cina.
"Kita cuba lunakkan pandangan bahawa PAS parti yang ekstrim dan sebenarnya dari dekad ke dekad semua pihak bersungguh-sungguh membuktikan PAS parti yang wujud dalam persada politik Malaysia yang ada dengan berwajah Malaysia dan dasar Islam yang tak pernah luntur daripada perjuangan kita," katanya yang turut bertanding di Parlimen Kulai dan Dun Nusa Jaya pada PRU13.
Tambah beliau, dengan tempoh masa hanya lima tahun sudah tentu belum cukup untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat menangkis tanggapan negatif dari pelbagai pihak namun mereka menunjukkan komitmen yang serius untuk memenangi hati rakyat.
"Saya percaya dengan umur kami (Pakatan) yang baru 5 tahun dan Umno sudah 50 tahun, sudah tentu belum cukup masa tapi harus dilihat ada beberapa perubahan, kesungguhan, komitmen dan iltizam politik yang tinggi untuk kami duduk bersama," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai tolenransi agama, beliau berkata PAS sentiasa mengambil pendekatan menghormati agama-agama lain dengan menyelesaikan sesuatu isu secara berhemah.
"Isu kalimah Allah umpamanya. Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas, kita selesaikan isu itu.
"Penggunaan rumah ibadat agama lain misalnya, kemungkinan ada konspirasi mewujudkan isu ini. Sebab bagi mereka yang komited dengan agama masing-masing untuk menggunakan rumah ibadah orang lain adalah peliklah rasanya.
"Kalau pengganut Buddha yang komited takkan nak guna surau untuk beribadat. Jadi mungkin ada perancangan untuk mewujudkan rasa tidak selesa," katanya.
Langganan:
Postingan (Atom)