Tampilkan postingan dengan label masjid. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label masjid. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

GAY MAHU BUKA MASJID UNTUK GOLONGAN MEREKA

Gay Mahu Buka Masjid Untuk Golongan Mereka

Paris – Biadap dan kurang ajar. Itu perkataan yang layak diberikan kepada lelaki gay ini, iaitu Mohammed Ludovic Mohammed Zahed yang menghina Islam.

Dia yang berasal dari Algeria mencipta kontroversi dengan merancang untuk membuka sebuah masjid untuk golongan gay pada penghujung bulan ini.
Lebih buruk, masjid itu akan menjadi tempat pernikahan sesama jenis dan dalam masa sama wanita yang bersolat di masjid itu tidak perlu menutup aurat. Mereka juga boleh bersembahyang di belakang lelaki tanpa perlu sebarang pengadang .
Bagi lelaki keji ini, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk membuang diskriminasi dan perbuatan kurang ajar itu dikatakan satu transformasi dalam Islam.
Lelaki gay ini telah berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari Afrika Selatan dan dia mendakwa perkahwinan itu diiktiraf oleh imam di Perancis.
Namun kerajaan Perancis tidak mengiktiraf perkahwinan berkenaan yang dilakukan di negara asal `kekasihnya’ itu.
Lelaki yang terpesong ini memberitahu, masjid itu akan turut mengadakan sembahyang Jumaat, upacara angkat nikah golongan sesama jenis dan melaksanakan pengkebumian bagi golongan gay.
Ketika masjid ini menjadi masjid untuk gay pertama di Paris, dipercayai terdapat 21 masjid untuk golongan berkenaan di Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.
Perkahwinan sesama jenis ini sendiri mendapat tentangan daripada penduduk Perancis.
10 hari lalu, satu protes telah diadakan melibatkan kira-kira 70,000 orang yang menentang negara itu mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Selengkapnya...

Minggu, 29 Desember 2013

RM10 000 bagi kesan pihak letak kepala babi di masjid

RABU, 1 FEBRUARI 2012



SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden meletakkan kepala babi di depan pintu pagar sebuah masjid di Rawang awal semalam.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco negeri di sini hari ini, Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi pusat khidmat pelanggan di nombor 1800-888-2824.

Beliau bercakap kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung insiden tersebut yang disifatkan oleh DAP sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.
Selengkapnya...