Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

‘Orang Minyak’ Mengganas Cari Anak Dara Di Marang

Gila

MARANG – “Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.
Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.
“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.
“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.
Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.
Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.
Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.
“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.
“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya. – Sinar Harian Online


Selengkapnya...

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya raya

Membaca berita dibawah menyebabkan saya selalu terfikir, dimana tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyatnya ketika mereka dalam kesusahan. Negara kita bukannya miskin, projek juta-juta malah berbilion-bilion!

Ramai juga rakyat negara ini yang tinggal dalam rumah buruk! Ada anak-anak yang tercicir dalam persekolahan kerana tiada wang untuk berbelanja!

YB kita juga sangatlah kaya-raya, siapa yang berani nak nafikan!? Mungkin jawapan terbaik yang mereka boleh berikan ialah, sila berjumpa dengan jabatan itu dan ini untuk memohon bantuan!

“Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.



Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.

Tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Jessica dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, namun ia perlu mengambil kira kesalahan itu yang dilihat serius dan sering berlaku dalam masyarakat akhir-akhir ini.

“Sebagai bekas tentera, kamu tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu dan selepas mengambil kira rayuan kamu, hukuman penjara tiga bulan dilihat setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga pekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh masuk ke premis berkenaan dan menuju ke bahagian menjual susu tepung.

Tertuduh kemudian dilihat mengambil sebungkus susu tepung dan memasukkannya dalam sebuah beg silang dipakai sebelum keluar tanpa membuat pembayaran.

Curiga dengan gelagat tertuduh, pengadu menahan tertuduh di pintu depan pasar raya itu dan hasil pemeriksaan menemui sebungkus susu tepung disorokkan di dalam beg dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

-Hmetro
Selengkapnya...

Pemuda Ini Cipta Anak Patung Bagi Puaskan Nafsu Serakahnya Sendiri GILA!

Pemuda Ini Cipta Anak Patung Penuhi Nafsu Serakahnya Sendiri, GILA!

Malodrax adalah nama samaran bagi pemuda yang berasal dari Canada ini.
Dia merupakan salah seorang ahli komuniti ‘misc’ yang sering menghabiskan masanya berbahas mengenai agama dan politik.
Dia akan mencatatkan pelbagai pertanyaan dan mesej panjang sehingga ada kalanya tulisannya itu akan menjadi pelik, seram, lucu dan tidak masuk akal.
Beribu-ribu orang akan beri pendapat mengenai tulisannya termasuk ahli moderator yang sukar untuk faham sama ada Malodrax sengaja mahu mencari perhatian atau dia sebenarnya sakit mental!
Antara perkara yang diutarakannya adalah mengenai dia sering membuang air di dalam botol kosong kerana terlalu malas untuk bangun.
Dia akan bawa botol kosong kemana saja dia pergi termasuk ke sekolah atau tempat kerja.
Yang paling HARU – Malodrax pernah menceritakan mengenai anak patung yang dibuat untuk memuaskan nafsu seksnya sendiri!
Lihat saja gambar di bawah, begitulah PELIKNYA pemuda bernama Malodrax ini
Penulis rasa dia ni memang ada masalah mental kot.
Kebanyakan tulisannya telah dibuang oleh pemilik forum, namun dia kembali menulisnya semula.
Walaupun begitu, sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat mengatakan yang Moladrax telah mengancam atau menakutkan mana-mana pihak.
Dia seperti berada di dunianya yang tersendiri.
Macam-macam…
Oleh: KASIH ISA
Selengkapnya...

Minggu, 15 Desember 2013

Cara mengemis yang ekstrim pasangan ibu dan anak ini




Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di China ini memang boleh dikatakan cukup ekstrim. Ketika sang ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, sang anak lalu beraksi seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang lalu lalang.
Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak di sebuah lokasi pedestrian. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti jasadnya dari leher hingga kaki. Di sampingnya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis sejadi-jadinya. Anak itu bahkan memletakkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang melalui di tempat itu.
Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, China, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas keamanan mendatangi lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.
Kemiskinan tampaknya telah membuat sebahagian orang menjadi cukup kreatif... Namun sayangnya tak ramai daripada mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan yang sepatutnya.
Selengkapnya...